Posts Tagged ‘internet blocked’

No wonder since few days ago, my downloading speed is crippling like crazy. I had to restart my download in JDownloader for so many times yet it failed.

Promise from Prime Minister about not filtering the internet for its citizen is now broken!

Affected website so far:-

  • fileserve
  • rapidshare
  • filesonic
  • megaupload

ADUAN PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

Dengan hormatnya aduan tuan bertarikh 4 Jun 2011 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, di bawah Seksyen 263(2), Akta Komunikasi & Multimedia 1998, para pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu Suruhanjaya atau pihak berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya telah diminta oleh Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, sebagai pihak berkuasa dibawah Akta Hakcipta 1987, untuk memberi notis kepada pihak pemberi perkhidmatan Internet yang dilesenkan, untuk menyekat laman-laman web tersebut kerana didapati melanggar peruntukan Seksyen 41, Akta Hakcipta 1987.

Sekiranya pihak tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai kesalahan yang dilakukan, sila hubungi Kementerian terbabit.

Sekian, harap maklum.

BIRO ADUAN PENGGUNA
Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

 

Categories
Sponsor Links